INSTITUT PERKEMBANGAN PENDIDIKAN (INED)
Dwelling 3, Intekma Resort & Convention Centre,
Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
03-55225237 / 03-55225304
Sistem Maklumat Pensyarah
Skrin Permohonan
Skrin Semakan Surat Tawaran
Skrin Koordinator
Sila pastikan nombor kad pengenalan adalah sama seperti semasa anda mengisi borang permohonan.
No. Pekerja UiTM
No. Kad Pengenalan *8123450035555 (tiada '-')
No. Kad Pengenalan
SKRIN SEMAKAN DAN CETAKAN SURAT TAWARAN
Semakan dan cetakan surat tawaran boleh dilakukan mulai
01 JUN 2013
Akaun dalam Sistem iClass juga akan diaktifkan pada tarikh yang sama seperti semakkan surat tawaran
Pensyarah perlu login untuk membuat semakan dan mencetak surat tawaran. Maklumat login adalah sama seperti proses permohonan dahulu iaitu menggunakan kombinasi nombor pekerja dan nombor kad pengenalan bagi staf akademik UiTM manakala nombor kad pengenalan sahaja bagi pensyarah luar/staf bukan akademik UiTM.
Sistem membenarkan pensyarah memaparkan surat tawaran dalam dua format iaitu paparan web dan PDF. Sila cetak surat tawaran berformat PDF untuk tujuan rekod dan tuntutan bayaran.
Surat tawaran yang dikeluarkan adalah berdasarkan validasi yang dilakukan oleh ketua/koordinator program. Senarai ketua/koordinator telah selesai melaksanakan validasi akan dipaparkan di skrin semakan dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekiranya anda ditawarkan oleh koordinator untuk mengajar tetapi surat tawaran masih tidak terpapar, sila berhubung dengan koordinator atau Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi untuk semakan lanjut.
Nama dan alamat yang dicetak di surat tawaran adalah berdasarkan maklumat yang diisi oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan. Sekiranya terdapat kesalahan pada maklumat tersebut, sila kemaskini dahulu sebelum mencetak surat tawaran.
Sila kemaskini status akuan penerimaan bagi setiap surat tawaran sekiranya anda menerima tawaran serta bersetuju dengan syarat-syarat yang berkaitan.
Surat tawaran hendaklah dibaca bersama lampiran yang disertakan iaitu Lampiran A (Syarat-syarat Perkhidmatan Pakar Rujuk), Lampiran B1 (Syarat-syarat Perkhidmatan Pemudahcara Pembelajaran),Lampiran B2(Syarat-syarat Perkhidmatan Pemudahcara Seminar) dan lampiran C(Syarat-syarat Perkhidmatan Pensyarah Sambilan PLK)
Sebarang masalah berkaitan surat tawaran (kesilapan kod kursus/kumpulan dan sebagainya) sila hubungi ketua/koordinator program yang berkaitan atau Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi iNED di talian 03-55225342/5305.